Siapakah yang layak menyertai urusan sebut harga?

 

Siapakah yang layak menyertai urusan sebut harga?

Kontraktor/pembekal yang layak menyertai urusan sebut harga adalah seperti berikut:

Kerja

1. Bagi kerja sehingga RM200,000, kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) yang bertaraf Bumiputera dengan kelas F di bawah kepala/sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

2. Bagi kerja melebihi RM200,000 hingga RM500,000, kontraktor/syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dengan kelas E di bawah kepala/sub kepala yang berkaitan dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Bekalan/Perkhidmatan

1. Pembekal/syarikat yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM50,000 hingga RM100,000.

2. Pembekal/syarikat (Bumiputera/Bukan Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang berkaitan bagi sebut harga melebihi RM100,000 hingga RM500,000.

Ini hanya sebahagian ringkas cara untuk dapatkan tender.

Jika anda mahu dapatkan yang lebih info, kami syorkan anda datang ke MCR Management Services untuk lebih detail.