Penyediaan Laporan Audit

PENYEDIAAN LAPORAN AUDIT

Tahukah anda bahawa negeri anda membenarkan anda untuk menguruskan audit demi menjimatkan kos audit? Menurut Seksyen 172-Akta Syarikat 1965, memperuntukkan setiap syarikat yang ditubuhkan mesti melantik juruaudit bebas dalam tahun pertama penubuhan syarikat. Servis pengurusan audit syarikat mempunyai beberapa kelebihan kepada syarikat anda dan juga kepada negeri anda. Berikut merupakan beberapa kelebihan servis pengurusan audit syarikat:

 

Menjimatkan masa dan kos

Audit negeri boleh menjadi mahal dan mengambil masa yang lama untuk kedia-dua belah pihak baik syarikat mahupun negeri. Semasa audit oleh negeri, jabatan kewangan dan operasi lain di dalam syarikat anda akan terganggung untuk memberi kerjasama dengan proses audit tersebut. Ini boleh menjadi hal yang merosakkan kepada aktiviti dan operasi syarikat.

Tambahan pula, audit negeri akan mengambil masa yang lama sehingga beberapa jam dan adakalanya pula sehingga beberapa hari untuk diselesaikan. Jadi ini bermakna bahawa syarikat anda tidak akan dapat beroperasi dengan sepenuhnya semasa waktu sebegini.

Memberikan organisasi anda jaminan dan liputan risiko pada tahap yang lebih tinggi

Servis pengurusan audit syarikat memberikan anda kelebihan untuk mengenalpasti sebarang lebihan bayaran syarikat anda telah lakukan tanpa pengetahuan anda dan ini akan memastikan pulangan semula ke syarikat anda. Ini juga boleh menyebabkan penalti pengecualian berkanun yang berkenaan dengan piawaian audit.

Memberikan anda kawalan terhadap audit syarikat

Servis audit ini juga memberikan anda kawalan terhadap keadaan audit syarikat anda. Ini membolehkan anda lebih yakin dengan kedudukan cukai, membantu anda membuang sebarang elemen kejutan, dan juga membolehkan anda mengurangkan beban keseluruhan pematuhan proses audit.

Meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi

Servis audit sebegini membolehkan syarikat anda untuk menambahbaik kecekapan operasi dengan mengenalpasti masalah, faktor risiko dan meningkatkan prestasi syarikat. Apabila dilaksanakan pada masa yang tepat, ia akan membolehkan syarikat mengenalpasti dan menyelesaikan risiko yang muncul dengan cekap.

Penyedia servis pengurusan audit syarikat boleh memberikan rundingan persefahaman dalam pelbagai risiko dan isu yang boleh memanfaatkan syarikat anda. Oleh itu, pertimbangkan mencari servis oleh professional dan dapatkan pelbagai kelebihan yang mereka sediakan.

Seksyen 172 Akta Syarikat 1965 mewajibkan setiap syarikat melantik juruaudit seawal tahun pertama penubuhan syarikat lagi. Seksyen 174 Akta yang sama juga menetapkan tanggungjawab mereka untuk melaporkan kepada mesyuarat agung tahunan berkaitan laporan akaun syarikat bagi memastikan akauntibalitinya terjamin dan boleh dipercayai.

Bagi memudahkan para pelanggan, kami menyediakan khidmat menyediakan laporan audit syarikat anda dengan bayaran khidmat professional yang berpatutan dan fleksibel.

Anda tidak mempunyai apa-apa rekod perakaunan yang sistematik dan tersusun sebelum ini? Jangan bimbang kerana kami boleh menyediakannya untuk anda.

Daftarkan syarikat anda dengan kami hari ini untuk menikmati penjimatan berganda.