Khidmat Lain

KHIDMAT LAIN

KHIDMAT-KHIDMAT LAIN

Tiada masa untuk membuat pendaftaran atau menyediakan dokumen perniagaan? Jalan sesak untuk ke pejabat pendaftaran? Prosedur pendaftaran yang menyusahkan? Ingin nasihat pendaftaran & perniagaan yang membantu?

Adakah anda diantara mereka yang menghadapi masalah diatas ???
Mengapa anda perlu membuang masa memeningkan kepala untuk menghadapi karenah birokrasi dan lambakan dokumen perniagaan ?? Sebagai sebuah syarikat setiausaha, kami cukup berpengalaman dalam membantu usahawan-usahawan dalam menyelesaikan urusan mendapatkan lesen-lesen kerajaan dalam masa yang sama menyediakan pelbagai jenis dokumen permohonan. Khidmat-khidmat lain yang kami tawarkan adalah seperti berikut:

 

DAFTAR PERMOHONAN LESEN (MOF)

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) merupakan satu lesen yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia untuk membolehkan syarikat swasta berurusan dengan mana-mana jabatan Kerajaan Malaysia. Lesen MOF sah lakunya dalam tempoh 3 tahun sebelum ianya perlu diperbaharui semula.

Sample Image

DAFTAR LESEN CIDB

Bermula 20 Julai 1995, semua kontraktor samada tempatan atau asing diwajibkan untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia.

 

KHIDMAT DAFTAR PERNIAGAAN

Seksyen 5(1) menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab kepada satu-satu usaha perniagaan perlu, tidak lebih dari 30 hari dari tarikh memulakan perniagaan mengemukakan permohonan kepada SSM untuk mendaftarkan perniagaannya. Pendaftaran ini mempunyai tempoh sah tertentu dan perlu diperbaharui apabila tamat tempohnya.

Sample Image

PENYEDIAAN PROFAIL SYARIKAT

Pada dasarnya profail ialah sebuah dokumen yang menyatakan berkenaan segala maklumat berkaitan syarikat tertentu. Maklumat-maklumat penting seperti latar belakang, maklumat pengurusan, maklumat pemilikan, kenyataan matlamat, visi & misi, maklumat produk /perkhidmatan serta apa sahaja maklumat yang difikirkan perlu untuk memperkenalkan syarikat kepada pihak luar.

 

PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERMOHONAN

Kertas kerja ialah suatu dokumen yang disediakan bagi tujuan menyatakan cadangan berkenaan sesuatu tujuan yang khusus. Menjadi suatu kebiasaan apabila sesebuah syarikat atau individu yang menginginkan bantuan atau sokongan dari pihak-pihak tertentu samada bank mahupun kerajaan berkenaan sesuatu akan mengemukakan kertas kerja permohonan yang didokumenkan kepada mereka.