Kami Kini Menggunapakai Sistem Terbaru !!

pasang sistem

Kami Komited. Bukan setakat hanya membuat kenyataan, tetapi kami betul-betul komited untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggan kami.

Buktinya pada hari Jumaat 28 Disember 2012 iaitu semalam, kami telah mula memasang sistem sekretarial terbaru yang membolehkan semua sistem kami menggunakan komputer 100%. Ianya secara lansung mampu meningkatkan kapasiti kerja harian, menjimatkan kos dan mengurangkan berlakunya kesilapan teknikal.

Semalam juga kami telah menganjurkan kursus teknikal penggunaan sistem tersebut yang merupakan usaha sama diantara syarikat penyedia dan kakitangan bahagian pemprosesan kami.

Sistem ini hanyalah diantara permulaan kami. Pada suku pertama tahun 2013 kami menyasarkan untuk mengguna pakai sistem komputer secara keseluruhan merangkumi semua bahagian bagi menambahbaik keberkesanan sistem penyampaian sedia ada.