Ciri-Ciri untuk Perniagaan/ Syarikat Sendirian Berhad

 

Ciri-Ciri untuk Perniagaan/ Syarikat Sendirian Berhad:

Anda ingin menubuhkan Sdn Bhd atau sedang mencari maklumat, disini kami kongsikan sedikit ciri-ciri untuk syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Ciri-Ciri untuk Syarikat Sendirian Berhad:

•Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Sekarang Akta Syarikat 2016).
•Sekurang-kurangnya 2 orang Pengarah Syarikat diperlukan (Namun, sekarang 1 orang Pengarah dibenarkan).
•Dimiliki oleh pemegang saham 2 hingga ke 50 orang sahaja.
•Pengarah syarikat mempunyai liabiliti yang terhad.
•Pemegang saham yang mempunyai 51% atau lebih daripada jumlah saham syarikat berhak untuk mengawal syarikat tersebut.
•Saham syarikat boleh dijual beli tetapi tidak boleh dijual di pasaran yang terbuka.
•Saham syarikat tidak boleh dipasarkan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).