Hubungi :013-3469158/014-8121143

Khidmat Syarikat

KHIDMAT SYARIKAT

Nak lantik syarikat setiausaha, akauntant dan auditor? Nak syarikat setiausaha, akauntant dan auditor di satu tempat? Syarikat setiausaha sedia ada lambat atau tidak menjalankan tugas walau dibayar? Ingin syarikat setiausaha, akauntant dan auditor yang berpengalaman dan membantu?

Anda kini berada di tempat yang betul…. Bagaimana???
Kami merupakan sebuah syarikat setiausaha berpengalaman hampir 30 tahun menjalankan syarikat setiausaha dan kini meluaskan lagi perkhidmatan kepada menyediakan khidmat penyediaan akaun dan audit seperti berikut:

KHIDMAT SEKRETARIAL SYARIKAT
Seksyen 139(1) Akta Syarikat 1965 mewajibkan kepada setiap syarikat untuk melantik minimum seorang setiausaha syarikat yang merupakan salah seorang ahli badan professional atau yang dilantik oleh SSM. Di Malaysia, kebiasaannya pengarah akan melantik syarikat setiausaha yang menjalankan khidmat sekretarial kepada lebih dari sebuah syarikat.

Lantik Syarikat Setiausaha

Sample Image

KHIDMAT PENYEDIAAN LAPORAN AKAUN
Seksyen 167 AKTA SYARIKAT 1965 menghendaki setiap syarikat untuk menyimpan rekod perakaunan yang lengkap di alamat berdaftar atau tempat-tempat lain yang sesuai. Rekod perakaunan sesebuah syarikat mestilah boleh diakses oleh mana-mana pegawai syarikat tersebut. Setelah tamatnya tahun perakaunan, rekod yang sama akan digunakan oleh juru audit  bagi tujuan mengaudit syarikat tersebut.

Lantik Akauntan

KHIDMAT PENYEDIAAN LAPORAN AUDIT
Seksyen 169 AKTA SYARIKAT 1965
 mewajibkan setiap syarikat dan pengarahnya untuk membentangkan satu laporan audit syarikat dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) mereka. Untuk tujuan itu, syarikat perlu melantik juruaudit mereka untuk menyediakan laporan tersebut dan ianya perlu diserahsimpan bersekali dengan laporan tahunan syarikat ke SSM pada setiap penghujung tahun.

Lantik Juru Audit

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.