Hubungi :014 8121 143/0166633049

Kelebihan Sdn Bhd atau Berhad Berbanding Enterprise

header page fnl sdn bhd vs enterprise

Ramai diantara kita ketika mana memulakan perniagaan kebiasaannya memulakan dengan Enterprise samada milikan tunggal ataupun perkongsian. Itu merupakan senario yang normal dan biasa.

Akan tetapi, setelah perniagaan mereka semakin maju dan berjaya tibalah masa untuk mereka menaiktaraf perniagaan kepada syarikat bermodal saham samada sendirian berhad (Sdn Bhd) ataupun berhad (Bhd).

Di sini kami ingin menjelaskan berkenaan kelebihan menubuhkan syarikat sdn bhd atau bhd berbanding enterprise:

ENTERPRISE

  1. LIABILITI TIDAK TERHAD: Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemilknya. Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama menjadi muflis dan harta benda mereka akan disita.
  2. TIADA KESINAMBUNGAN: Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada salah seorang pemiknya.
  3. KURANG KREDIBILITI: Perniagaan enterprise secara asasnya merupakan sejenis perniagaan yang ditubuhkan dengan kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.
  4. SUSAH UNTUK MENDAPAT PENGECUALIAN CUKAI: Perniagaan enterprise boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai diberikan kepada mereka.


SDN BHD ATAU BERHAD

  1. LIABILITI TERHAD: Menurut perundangan, syarikat sdn bhd atau berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.
  2. KESINAMBUNGAN BERTERUSAN: Pemilikan dalam syarikat sdn bhd atau berhad diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.
  3. KREDEBILITI BERTAMBAH: Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka.
  4. MENDAPAT PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI: Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara.

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.