Hubungi :012-5272544

Berkenaan Kami

header fnl page berkenaan kami

MCR Management Services Sdn Bhd -No Sykt: 972604 h- (sebelum ini merupakan perniagaan yang didaftarkan sebagai milikan tunggal) Merupakan sebuah syarikat setiausaha yang ditubuhkan sejak tahun 1983 lagi. Aktiviti perniagaan utama syarikat ialah khidmat perundingan korporat yang khusus kepada khidmat sekretarial syarikat berhad dengan saham. Disamping itu, khidmat-khidmat lain seperti penyediaan kertas kerja, profail syarikat/perniagaan, seminar pengarah-pengarah syarikat dan lain-lain juga turut disediakan.

Mengorak langkah siring dengan kemajuan ekonomi dan perundangan syarikat yang berlaku dalam negara, syarikat juga turut sama dengan kemajuan tersebut. Syarikat kini telah diterajui oleh barisan tenaga pengarah-pengarah muda yang berkaliber telah melakukan perubahan ketara terhadap syarikat bermula dari pertengahan tahun 2011.

Bermula dari penstrukturan semula syarikat, perpindahan ke lokasi baru yang stategik lagi komersial, memperkuatkan pemasaran melalui media baru dan konvensional, menambah senarai perkhidmatan dan produk, membeli dan mengguna pakai sistem terbaru sedia ada dalam pasaran serta banyak lagi perancangan yang diatur bagi meningkatkan kepercayaan serta keyakinan bakal pelanggan malah para pelanggan sedia ada.

Kami percaya, pelaburan untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat bukan suatu perkara yang boleh dipandang remeh dan syarikat komited untuk melakukannya malah kajian berkenaannya akan sentiasa menjadi keutamaan syarikat sepanjang masa.

 

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.