Hubungi :014 8121 143/0166633049

5 Tips Memilih Nama Perniagaan Yang Sesuai

Memilih nama perniagaan merupakan merupakan diantara perkara pertama yang perlu dilaksanakan dengan baik oleh setiap usahawan.

Ada apa dengan nama??

Banyak yang ada dengan nama. Nama perniagaan merupakan simbol pertama selain logo terhadap sesuatu usaha perniagaan. Ianya menjadi suatu impressi awal ‘first impression’ kepada para pelanggan terutama berkaitan imej yang dibawa oleh perniagaan kita. Nama juga boleh memberi gambaran awal terhadap servis dan produk yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.

Memilih nama yang sesuai terkadang boleh menyebabkan kita pening kepala. Namun berdasarkan pengalaman mengendalikan pendaftaran perniagaan dan penubuhan syarikat, saya senaraikan beberapa 5 tips yang boleh menjadi  panduan kepada para usahawan diluar sana untuk memilih nama perniagaan.

TIPS 1: Pilih nama-nama yang unik menggunakan perkataan yang jarang diguna pakai dalam kehidupan harian. Elakkan dari menggunakan nama-nama yang biasa seperti Maju Cemerlang , Hebat Gagah dan lain-lain. Sebaliknya cuba gunakan perkataan yang agak unik seperti HARDA Ingeneering & Consultancy (gabungan nama Harun + Darus), Tanjung Armada, Avanzado Brillante (Maju Cemerlang dalam bahasa spanyol)  dan lain-lain.

TIPS 2: Ketahui cerita disebalik nama perniagaan anda kerana ianya akan mewujudkan nilai sentimental dan boleh menyuntik motivasi semangat untuk membangunkan perniagaan sehingga berjaya.

TIPS 3: Pilih nama-nama yang tidak mengandungi perkataan yang digazetkan oleh kerajaan melalui  Warta Kerajaan Bil. 716 bertarikh 30 Januari 1997Warta (Pindaan) bertarikh 11 Oktober 2001 dan Garis Panduan Menamakan Syarikat.

TIPS 4: Gunakan hanya 2-3 perkataan sahaja seperti Mahjuma Trading, Pelaburan Kencang, Pemasaran Megah Unggul, Gold Marketing & Resources dan banyak contoh lain lagi. Elakkan dari memilih nama yang panjang kerana ianya bakal menyusahkan pelanggan yang menyebut, mengingat dan meletihkan tangan anda untuk menulis buku cek.

TIPS 5: Jangan campurkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai contoh Maju Marketing kerana SSM tidak akan meluluskan nama campuran tersebut.

Jangan lupa untuk mencadangkan sekurang-kurangnya 3 nama perniagaan sebelum anda terus ke SSM (bagi perniagaan Enterprise) dan syarikat setiausaha (bagi syarikat) untuk menubuhkan perniagaan. Pada setakat 16 September 2012 sahaja tidak kurang dari 1,017,000 syarikat telah ditubuhkan di SSM. Oleh itu, penyediaan cadangan nama lain akan memudahkan proses pencarian nama sekiranya ada diantara nama anda ditolak oleh SSM.

Ingat !!

Nama perniagaan yang didaftarkan di SSM bahagian Pendaftar Perniagaan (ROB) dan Pendaftar Syarikat (ROC) adalah berbeza dan tiada kaitan sama sekali. Nama yang anda daftar di ROB tidak ada kaitan dengan ROC. Dalam erti kata mudah, jika anda mempunyai perniagaan menggunakan nama Teknologi Maju Enterprise yang telah berdaftar dengan ROB dan suatu masa anda ingin menaik taraf ke syarikat sdn bhd, tidak semestinya nama Teknologi Maju tadi akan diluluskan oleh SSM kerana kelulusan nama syarikat bergantung kepada kelulusan ROC.

Saya harap tips-tips diatas dapat membantu anda membuat keputusan berkenaan nama perniagaan baru anda. Selamat mencuba !

Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrShare on RedditPrint this pageShare on Google+Email this to someoneShare on Facebook
Leave a Reply

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.