Hubungi :013-3469158/014-8121143

Apa Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Perniagaan Milikan Tunggal ?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !

Perkara utama yang perlu difikirkan oleh para usahawan yang menjalankan perniagaan ialah mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM).

Jika anda baru mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dan anda menjalankannya secara bersendirian, entiti perniagaan yang paling sesuai untuk anda ialah perniagaan milikan tunggal (sole proprietorship).

Beberapa perkara yang perlu anda ketahui berkaitan Perniagaan Milikan Tunggal 

Pemilik : Perniagaan milikan tunggal ialah jenis perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik sahaja.

Jawatan : Ketua bagi tim pengurusan perniagaan milikan tunggal kebiasaannya digelar sebagai ‘pengurus’.

Perundangan : Perniagaan milikan tunggal tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

Pendaftaran : Bakal pemilik perniagaan perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan SSM dengan membawa bersama kad pengenalan. Pendaftaran juga boleh dibuat secara online di www.malaysia.gov.my.

Akaun Bank : Perniagaan milikan tunggal boleh memiliki akaun semasa di mana-mana bank dan akan diberikan kad ATM sebagaimana pemegang akaun individu. Buku cek juga akan diberikan atas permintaan.

Pematuhan : Perniagaan milikan tunggal tidak perlu melantik syarikat setiausaha dan juruaudit. Hanya perlu menyediakan laporan akaun untuk tujuan pengiraan cukai pendapatan. Laporan akaun boleh disediakan sendiri oleh pemilik atau menggunakan bantuan professional.

Cukai : Pendapatan hasil dari perniagaan milikan tunggal perlu dikira sebagai cukai pendapatan individu. Laporan akaun perniagaan perlu disediakan bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan ini.

Pengurusan : Oleh sebab perniagaan milikan tunggal dimiliki oleh seorang pemilik sahaja, pengurusannya menjadi lebih mudah. Keputusan yang ingin dilakukan oleh pemiliknya boleh dibuat dengan cepat tanpa perlu berbincang dengan orang lain.

Liabiliti : Dari segi perundangan, liabiliti atau tanggungan perniagaan milikan tunggal dan pemiliknya adalah sama serta saling berkaitan. Dengan kata lain, sekiranya perniagaan tidak mampu membayar hutangnya, harta benda pemilik boleh diambil untuk tujuan penyelesaian hutang perniagaan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa perniagaan milikan tunggal tidak lebih dari sekadar lesen perniagaan. Anda dinasihatkan untuk menaiktaraf perniagaan anda ke syarikat sdn bhd secepat yang mungkin bagi membolehkan perniagaan anda berkembang pesat dalam jangka panjang.

Oleh : Mohamad Shaiham Bin Ibrahim
Artikel asal : www.shaihamibrahim.com

Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrShare on RedditPrint this pageShare on Google+Email this to someoneShare on Facebook
Leave a Reply

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.