Hubungi :013-3469158/014-8121143

Apa Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Perniagaan Perkongsian ?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera !

Jika anda masih ingat lagi sebelum ini saya ada menyiarkan post berkenaan perniagaan milikan tunggal. Kali ini saya akan berkongsi pula tentang apa yang anda perlu ketahui berkenaan perniagaan perkongsian.

Perniagaan perkongsian adalah satu bentuk lesen kebenaran menjalankan perniagaan yang diberikan oleh Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) kepada lebih dari seorang pemilik untuk satu tempoh tertentu.

Apa yang anda perlu tahu tentang PERNIAGAAN PERKONGSIAN ialah :

Pemilik : Minimum 2 orang pemilik dan maksimum 12 orang pemilik. Pemilik-pemilik ini merupakan rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian.

Tujuan : Perniagaan perkongsian kebiasaannya didaftarkan oleh mereka yang ingin menjalankan perniagaan secara perkongsian dengan lebih dari seorang individu. Perniagaan perkongsian juga sesuai didaftarkan oleh golongan professional seperti peguam, arkitek, juruaudit, akauntan bagi tujuan menyediakan khidmat professional mereka.

Perjanjian : Perjanjian diantara rakan kongsi adalah salah satu elemen penting dalam perniagaan perkongsian. Jika tiada perjanjian sendiri dihantar ketika proses pendaftaran perniagaan dibuat, Akta Perkongsian 1961 akan terpakai secara automatik.

Keuntungan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, keuntungan perlu dibahagikan secara samarata diantara semua rakan kongsi tanpa mengira berapa modal yang setiap seorang dari mereka keluarkan.

Pemilikan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, kuasa pemilikan perniagaan adalah secara samarata diantara semua rakan kongsi tanpa mengira berapa modal yang setiap seorang dari mereka keluarkan.

Gelaran : Ketua bagi perniagaan perkongsian kebiasaannya digelar sebagai pengurus, pengurus besar/am, managing partner dsb.

Perundangan : Tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Akta Perkongsian 1961.

Pendaftaran : Semua bakal rakan kongsi perniagaan perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan SSM dengan membawa bersama kad pengenalan masing-masing dan perjanjian perkongsian (jika ada). Pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian melalui www.malaysia.gov.my.

Akaun Bank : Perniagaan perkongsian boleh memiliki akaun semasa di mana-mana bank dan akan diberikan kad ATM sebagaimana pemegang akaun individu. Buku cek juga akan diberikan atas permintaan.

Pematuhan : Tidak perlu melantik setiausaha syarikat dan juruaudit. Hanya perlu menyediakan akaun pengurusan perniagaan bagi tujuan pengiraan cukai pendapatan. Laporan akaun ini boleh disediakan sendiri oleh pemilik atau menggunakan bantuan professional.

Cukai : Pendapatan hasil dari perniagaan perkongsian perlu dikira sebagai cukai pendapatan individu setiap rakan kongsi.

Pengurusan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, semua rakan kongsi dianggap sebagai ahli pengurusan perniagaan yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan harian perkongsian.

Pemecatan : Jika tiada perjanjian sendiri sesama rakan kongsi, tiada seorang rakan kongsipun boleh memecat atau membuang mana-mana rakan kongsi yang lain.

Liabiliti : Perniagaan perkongsian dan rakan kongsi adalah entiti yang sama di sisi undang-undang. Dengan kata lain, sekiranya perniagaan tidak mampu membayar hutangnya, harta benda semua rakan kongsi boleh diambil untuk melangsaikan hutang-piutang tersebut. Begitu juga apabila mana-mana rakan kongsi yang disaman oleh pihak lain ketika menjalankan tugasnya, semua rakan kongsi akan turut sama bertanggungjawab serta boleh disaman sama.

Sebagaimana dijelaskan diatas, perniagaan perkongsian adalah sekadar lesen bagi membolehkan rakan kongsi menjalankan perniagaan sahaja. Untuk langkah permulaan bagi mereka yang baru membiasakan diri dengan dunia perniagaan, ianya mungkin sesuai.

Walaubagaimanapun, bagi perniagaan perkongsian yang telah sekian lama dijalankan serta mempunyai modal dan transaksi perniagaan melibatkan wang yang banyak, menjalankannya menggunakan perniagaan perkongsian adalah satu pilihan yang kurang bijak serta berisiko tinggi.

Seeloknya dan secepat mungkin anda dinasihatkan supaya menaikkan taraf perniagaan perkongsian samada ke syarikat perkongsian liabiliti terhad ataupun sendirian berhad untuk mendapatkan perlindungan terhadap liabiliti peribadi anda.

Oleh : Mohamad Shaiham Bin Ibrahim
Artikel asal : www.shaihamibrahim.com

Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrShare on RedditPrint this pageShare on Google+Email this to someoneShare on Facebook
Leave a Reply

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.