Hubungi :012-5272544

Bagaimana Menubuhkan Yayasan ?

charity copy

Diantara soalan yang sering diajukan kepada saya ialah berkenaan cara menubuhkan sebuah yayasan atau bagaimanakah prosedur menubuhkan sesebuah yayasan.

Perkara pertama yang anda perlu tahu ialah yayasan ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama syarikat berhad dengan jaminan. Sebagaimana syarikat-syarikat berhad yang lain, yayasan perlu mempunyai minimum 2 orang pengarah yang dikenali sebagai pemegang amanah.

Untuk menubuhkan sesebuah yayasan, anda perlu mempunyai dana permulaan sebanyak minimum RM1 juta yang boleh dikumpulkan dari seorang individu (atau lebih) ataupun sebuah syarikat (atau lebih).

Anda juga perlu melantik minimum seorang setiausaha yang berlesen (sama seperti syarikat berhad dengan saham) yang akan bertanggungjawab menyelesaikan urusan berkaitan penubuhan yayasan dan urusan sekretarial yayasan sepanjang tempoh ia beroperasi.

Setiap hujung tahun, akaun yayasan perlu diaudit oleh juruauditor dan laporan audit tersebut perlu dibentangkan dalam mesyuarat agung tahunan yayasan yang diadakan setiap tahun.

Selewat-lewatnya sebulan selepas setiap mesyuarat agung tahunan yayasan, satu laporan tahunan perlu dihantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tujuan serahsimpan.

Walaubagaimanapun anda tidak perlu risau kerana hampir kesemua urusan yang dinyatakan di atas adalah diuruskan oleh syarikat setiausaha anda. Cari syarikat setiausaha yang berpengalaman menubuhkan yayasan, sediakan dana permulaan dan yayasan anda telah sedia untuk ditubuhkan.

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan penubuhan yayasan, sila hubungi En. Shaiham Bin Ibrahim 019-2852404 atau emailkan pertanyaan anda ke shaiham86@gmail.com

Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrShare on RedditPrint this pageShare on Google+Email this to someoneShare on Facebook
Leave a Reply

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.