Hubungi :014 8121 143/0166633049

Bagaimana Menubuhkan Syarikat ?

Post kali ini saya ingin menjelaskan bagaimanakah caranya untuk anda menubuhkan sebuah syarikat khususnya sdn bhd dan berhad.

Sebelum saya jelaskan lebih lanjut berkenaan langkah-langkah untuk menubuhkan syarikat baru, suka untuk saya mengingatkan tentang pentingnya anda mengetahui serba sedikit berkenaan syarikat sendirian berhad, berhad dan juga perbezaannya dengan perniagaan enterprise milikan tunggal & perkongsian.

Sekurang-kurangnya dengan maklumat tersebut dapat memberikan maklumat serta gambaran awal kenapa perlunya anda menubuhkan syarikat dan bukannya perniagaan enterprise.

Langkah-langkah yang ditunjukkan dibawah hanya sebagai satu panduan yang boleh mempercepatkan urusan anda sebelum anda berjumpa dengan syarikat setiausaha. Sekurang-kurangnya dengan langkah-langkah yang ditunjukkan ini dapat memudahkan kerja kakitangan syarikat setiausaha dan dalam masa yang sama dapat membantu proses penubuhan syarikat baru anda berjalan dengan lancar.

LANGKAH PERTAMA: Senaraikan maksimum 3 aktiviti/objektif perniagaan yang anda ingin lakukan dengan syarikat yang bakal anda tubuhkan.

LANGKAH KEDUA: Cari pemilik sekurang-kurangnya 2 orang dan pengarah juga sekurang-kurangnya 2 orang. (Pemilik dan pengarah boleh individu yang sama)

LANGKAH KETIGA: Pilih sekurang-kurangnya 3 nama untuk dijadikan nama perniagaan anda. Elakkan dari memilih nama-nama yang terlalu biasa disebut seperti Maju Jaya sdn bhd, Cemerlang Gemilang sdn bhd, Hebat Megah sdn bhd kerana kemungkinan besar nama tersebut telah diambil orang. Sebaliknya saya cadangkan supaya gunakan nama yang unik, menarik dan jarang didengar seperti gabungan nama sebagai contoh AMSHA Group sdn bhd yang mana AMSHA adalah gabungan nama pemilik Amran dan Sharifah (Contoh sahaja, banyak lagi cara lain untuk mewujudkan nama yang menarik dan jarang didengar).

LANGKAH KEEMPAT: Cari syarikat setiausaha berlesen untuk membantu menubuhkan syarikat baru anda.

LANGKAH KELIMA: Buat pembayaran mengikut proses kepada syarikat setiausaha anda dan tunggu arahan berikutnya yang akan diberikan oleh mereka.

Kini syarikat baru anda telahpun dalam proses penubuhan dan dalam masa 3-7 hari syarikat anda akan siap ditubuhkan dengan jayanya. Pastikan anda meminta resit bayaran untuk simpanan dan rujukan bagi urusan perakaunan syarikat anda.

Tweet about this on TwitterShare on LinkedInShare on TumblrShare on RedditPrint this pageShare on Google+Email this to someoneShare on Facebook
Leave a Reply

Kami Terima

Rakan Hubungan

Alamat

C-3A-1, Megan Avenue 1,
189 Jalan Tun Razak
50400, Kuala Lumpur
Phone: (03) 2166 5209/9209
Fax: (03) 2181 5001
Website: www.daftarsyarikat.my
Email: mcrsdnbhd83@gmail.com

Penafian

MCR Management Services Sdn Bhd (972604-h) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.