4Sebab Pentingnya Akaun Untuk Usahawan, Peniaga Dan Syarikat.

Bagi anda yang menjalankan perniagaan atau pun anda di gelar usahawan perkara yang amat penting sekali ialah hal perakaunan, tidak kira sama ada anda syarikat besar atau pun kecil.

Dengan akaunlah anda dapat mengetahui sama ada syarikat anda mengalami keuntungan atau kerugian. Ada sesetengah usahawan langusng tidak tahu sama ada perniagaan mereka mengalami kerugian atau keuntungan, hanya sekadar menganggarkan sahaja.

Kami hanya meletakkan hanya 4 sebab sahaja kenapa perluanya perakaunan.

1. Menjadi Alat Pengukur.
Perlu ada seorang yang berkelayakan dalam bidang akaun untuk membuat kerja-kerja akaun ini sehingga lengkap dan di jamin hasil kerjanya. Dengan akaun itulah ia menjadi alat pengukur untuk mengetahui sama ada perniagaan itu mengalami kerugian atau keuntungan.

2. Mudah Mendapat Kelulusan Pinjaman.
Sekiranya akaun anda lengkap, akaun anda itu merupakan satu bentuk dokumen yang sangat penting sekiranya ingin membuat pinjaman. Proses pinjaman akan menjadi mudah.

3. Cukai Dan Audit.
Setiap butiran akaun perlu di hantar ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada setiap tahun. Dan rekod perakunan syarikat perlu di simpan selama 7 tahun. Ini memudahkan perlaksanaan cukai dan audit.

4. Perancangan di Masa Hadapan.
Akaun yang sudah di kemaskini dan di simpan rapi ini adalah bertujuan untuk menjadikan garis panduan untuk rancangan di masa hadapan. Dari situ anda akan dapat merujuk semula kos-kos yang lalu untuk rujukan di maa hadapan.